Cara Mudah Menghilangkan EyeBag


Eyebag atau lingkaran bawah mata gelap menyebabkan mata , wajah kelihatan tidak bermaya. Kebanyakkan wanita menggunakan makeup untuk menutup hitam bawah mata tetapi ianya bersifat sementara. 
Cara mudah untuk hilangkan eyebag ni ialah:

1) UNCANG TEH🍵

Selepas membancuh teh, jangan buang uncangnya. Letakkan uncang teh itu pada mata dan biarkan selama 25-30 minit. Sementara ia merawat, anda hanya perlu berehat atau tidur sahaja.

2) TIMUN🍤

Ramai yg sedar dan akui betapa bagusnya timun pada mata. Untuk hilangkan eyebag, letakkan 2 potong hirisan timun segar pada mata selama 25 minit. Bukan hanya hilangkan eyebag, timun juga bagus untuk merawat bengkak pada kelopak mata.


3) KENTANG🍠

Selain timun, kentang juga bagus dalam mengurangkan eyebag. Potong nipis kentang dan letakkan pada bahagian mata. Biarkan 15-20 minit sebelum dialihkan.

4) SUSU

Boleh juga gunakan susu sekiranya cara di atas tidak berjaya. Caranya celupkan kapas ke dalam susu dan letakkan di kelopak mata. Biarkan selama 20-30 minit. Insyaallah masalah eyebag akan berkurangan.

5) PUTIH TELUR🍳

Sapukan sedikit putih telur pada bahagian mata. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Cara ini bukan saja merawat eyebag, namun akan menjadikan mata lebih segar.

6) AIR KOSONG💧

Amalan minum air kosong yg banyak juga membantu kurangkan eyebag atau kantung mata. 1 atau 2 jam sebelum tidur, anda digalakkan minum air kosong. Kekerapan membuang air kecil akan mengurangkan penyimpanan air di bawah mata dan mengelakkan berlakunya eyebag.

Comments

Popular posts from this blog

6 Cara Membuat Lipstik Matte Sendiri Dengan Bahan Semula Jadi

Cara membuat bedak foundation TERSENDIRI dari bahan mineral semulajadi. MEMANG SERONOK!

PERBEZAAN ANTARA FOUNDATION, BB CREAM, CC CREAM