PERBEZAAN ANTARA FOUNDATION, BB CREAM, CC CREAM

Perbezaan Antara Foundation, BB Cream dan CC Cream
1. Foundation
Foundation di kenali sebagai alas bedak yang berbentuk cair atau berbentuk padat. Foundation memiliki tekstur yang kental dan pekat sehingga dia mampu menutupi kekurangan pada wajah dengan sangat baik. Foundation sesuai untuk make up yang tebal karena foundation mampu membuat bedak menjadi lebih awet. Karena tingkat coverage-nya sangat tinggi, maka foundation sesuai menjadi pilihan untuk anda yang sedang ingin pergi ke pesta atau acara formal.
.

2. BB Cream
BB Cream lebih ringan daripada foundation yang membuatkan kulit jadi lebih putih dan bersih. Dengan bantuan SPF dan antioksidan, BB Cream sekaligus elok di pakai siang hari. Menggunakan BB Cream tidak perlu dicampur lagi dengan pelembab, kerana di dalamnya sudah terkandung moisturizer dan sunblock. Memberikan hasil paparan kulit yang lebih segar, dan membuat tekstur kulit kelihatan lebih lembut. BB Cream tidak terlalu berminyak, sesuai digunakan untuk alas mekap setiap hari. Ini menjadikan kulit lebih putih dan bersih.
.
3. CC Cream
CC Cream lebih kurang sama seperti BB Cream tetapi ianya lebih memberi tumpuan pada pembetulan warna.
Ringan daripada BB Cream, tujuan utama CC Cream adalah untuk membetulkan warna kulit warna yang berkaitan, seperti warna pucat atau kemerahan. Seperti BB Cream, ia mempunyai SPF serta nombor berbeza-beza mengikut jenama.
Jika anda berjerawat, mempunyai kulit kusam, bintik hitam atau kemerahan berterusan maka CC Cream sesuai untuk anda.
Gunakan CC Cream untuk membantu dengan menghilangkan kemerahan, jerawat, bintik hitam, warna pudar dan banyak lagi.

Comments

Popular posts from this blog

6 Cara Membuat Lipstik Matte Sendiri Dengan Bahan Semula Jadi

Cara membuat bedak foundation TERSENDIRI dari bahan mineral semulajadi. MEMANG SERONOK!