Cara membuat bedak foundation TERSENDIRI dari bahan mineral semulajadi. MEMANG SERONOK!

Beberapa hari yang lepas, saya dapat belajar cara untuk membuat pes foundation/pelembap yang berasakan bahan semulajadi. Dalam entry kali ini, saya kongiskan cara-cara yang anda semua boleh cuba sendiri di rumah. Cuba, jangan tak cuba foundation jenama sendiri anda!



Prosesnya sangat mudah dan senang malah kesemua bahan boleh didapati di lelong.com.my untuk dihantar ke rumah anda. Prosesnya hanya campurkan semua bahan bersama-sama, dan campurkan dan campurkan lagi berulang kali. Kemudian proses menekan campuran itu melalui ayak yang halus dalam lebih kurang dua puluh kali dan mewarnakan bedak mengikut warna kulit anda. 




Akhirnya, inilah apa yang anda akan lakukan. Anda perlu mengubah keseimbangan warna untuk menyesuaikan dengan tona kulit anda, mudah sahaja. Saya yakin tidak ada masalahlah.




Bahan-Bahan Make-up Mineral
8 sudu besar non-micronized titanium dioxide
sudu besar sericite mica
4 sudu teh zinc oxide
sudu teh magnesium stearate
1½–2 sudu teh iron oxide
 kuning
¼ sudu teh iron oxide coklat
Secubit iron oxide merah
¼ sudu teh minyak jojoba 
5 titik minyak vitamin E
Menggosok alkohol (rubbing alcohol) pilihan

Campurkan bersama empat bahan pertama, kemudian tambahkan separuh daripada setiap iron oxide. Hancurkan dan kisarkan semua bahan bersama-sama di dalam lesung batu, atau tekannya pada pengayak halus. Atau kedua-duanya. Warna oksida akan semakin terkeluar apabila anda menekannya lebih lagi.

Sejurus mendapat warna yang anda inginkan, titiskan minyak jojoba dan vitamin E keatas kisaran dan tapis kesemuanya diatas pengayak untuk medapatkan hasil yang konsisten.

Akhir sekali, untuk menyempurnakan pes, anda boleh terus memampatakan serbuk yang telah ditapis kedalam bekas atau kacaukan sedikit menggosok alkohol sebelum pemampatan. Biarkan bekas ditempat terbuka sehingga kering maka siaplah make-up jenama anda! tepuk tepuk tepuk.

Nota akhir:
-         Anda boleh menggunakan mesin blender kopi untuk hasil kisaran yang lebih halus dan konsisten. Ianya jauh lebih berkesan! Pastikan anda tidak lupa memakai topeng untuk mengelakkan menghidu habuk. Bahaya untuk kesihatan jangka masa panjang.





Comments

Popular posts from this blog

6 Cara Membuat Lipstik Matte Sendiri Dengan Bahan Semula Jadi

PERBEZAAN ANTARA FOUNDATION, BB CREAM, CC CREAM