CARA MEMUTIHKAN GIGI DENGAN MENGGUNAAN BAHAN SEMULA JADI


Cara Memutihkan Gigi dengan  menggunakan bahan semula jadi yang hanya ada di rumah anda.

1.       Arang diaktifkan

Hanya memerlukan 3 kali pakai untuk mendapatkan gigi yang lebih putih dan bersih.

Cara memakai:
Hancurkan satu ketul arang diaktifkan pada berus gigi
Basahkan berus gigi dan berus seperti biasa.

2.       Sentiasa berus gigi selepas minum atau makan

Ia merupakan salah satu cara yang terbaik utnuk mendapatkan gigi yang lebih putih secara semula jadi - walaupun ia bukan merupakan cara yang termudah – dengan memberus gigi anda menggunakan ubat gigi yang sesuai selepas makan atau minum sesuatu.

Elakkan menghisap rokok, minum terlalu banyak kopi dan soda dan memakan diet yang seimbang juga boleh mengelakkan gigi menjadi kuning. Cuba untuk minum air kosong selepas makan atau minum sesuatu untuk mengelakkan kesan negatif terhadap kaviti.

3.       Hidrogen peroksida (Ubat Kumur Mulut)

Hidrogen peroksida merupakan agen antibakteria dan dapat membersihkan seluruh mulut dan menjaga mulut daripada kuman. Ubat kumur mulut boleh dibuat menggunakan hidrogen peroksida; gunakan sedikit dan kumurkan dalam mulut lebih kurang 10 minit, dan kemudian bilas mulut anda.

Penyelidikan menunjukkan bahawa hidrogen peroksida mengekalkan nafas yang segar dengan menghapuskan bakteria jahat disebabkan antiseptic semula jadi / agen antibakteria.

4.       Kulit Lemon atau Oren

Dengan menggunakan buah sitrus – termasuklah  kulit lemon atau oren yang mengandungi asid juga membantu dalam memutihkan gigi. Makanan ini sangat berkhasiat kerana ia juga membantu proses pencernaa, tetapi jika asid berlebihan akhirnya akan menghakis enamel pada gigi jika digunakan dengan kerap. Seperti menggunakan cara2 yang lain, sentiasa kumur2 mulut dengan air bersih setelah selesai menggosok kulit lemon / oren pada gigi anda.

5.       Buah Strawberi dan Makanan2 yang Berkhasiat

Buah beri kaya dengan antioksidan yang dapat membantu mengekalkan kesihatan gigi kita, akan tetapi terdapat banyak lagi makanan lain yang mampu menjaga gigi anda apabila umur meningkat. Diet anda perlulah seimbang untuk meningkatkan kesihatan gigi anda. Makanan boleh membantu dalam menjaga gusi dan gigi agar kuat dan tidak rapuh.
Makanan yang mampu meguatkan gigi ialah:
·         Sumber kalsium yang tinggi seperti yogurt dan susu
·         Makanan yang tinggi dengan magnesium dan potassium seperti sayur-sayuran hijau, epal dan buah pear
·         Telur ayam kampung
·         Cendawan
·         Ubi keledek , lobak merah dan skuasy
·         Saderi
·         Kekacang seperti walnut dan badam

Comments

Popular posts from this blog

6 Cara Membuat Lipstik Matte Sendiri Dengan Bahan Semula Jadi

Cara membuat bedak foundation TERSENDIRI dari bahan mineral semulajadi. MEMANG SERONOK!

PERBEZAAN ANTARA FOUNDATION, BB CREAM, CC CREAM