CARA MENGHILANGKAN WHITEHEAD DAN BLACKHEAD
Kulit muka yang berminyak memang berpotensi untuk mengalami
masalah pada liang pori. Apabila liang terbuka, ia mengundang masalah lain
seperti blackhead, whitehead dan jerawat.
Selain kulit muka berminyak, sinaran matahari yang terlalu
banyak juga boleh merosakkan kolagen kulit secara tak langsung membuka liang di
muka dan menyebabkannya tersumbat. Apabila usia meningkat, masalah liang pori
turut meningkat.
PETUA HILANGKAN BLACKHEAD & WHITEHEAD DENGAN BAHAN
SEMULAJADI
Petua hilangkan blackhead, whitehead, serta masalah pori
anda boleh diatasi hanya dengan menggunakan 9 bahan ini di rumah
1. AIS
Meningkatkan simulasi pengaliran darah pada kulit seterusnya
membina kulit yang lebih sihat serta dapat menghilangkan jerawat pada muka.
Caranya: Balut kiub ais dalam kain dan tekap pada bahagian
yang bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap yang mungkin. Jika tidak
sempat, cuci muka dengan air berais sekali sehari. Untuk lebih efektif,
gantikan air dengan jus timun, jus epal ataupun teh hijau dan bekukan.
2. CUKA EPAL
Menegangkan kulit, mengurangkan pores dan mengembalikan
kestabilan pH kulit muka.
Caranya: Campurkan cuka ke dalam air. Dengan mengguna kapas,
celup dan sapukan pada kulit muka. Biarkan kering dan bilas. Sebaiknya lakukan
setiap malam selepas mencuci muka.
3. PUTIH TELUR
Mengecutkan liang yang terbuka dan menghilangkan minyak
berlebihan di muka.
Caranya: Pukul putih telur dan sapu pada muka. Biarkan
kering baru dibilas. Untuk kesan yang efektif, selepas sapu putih telur di
muka, lindunginya dengan meletakkan tisu di atasnya. Tarik tisu apabila putih
telur betul-betul kering. Lakukan dua kali seminggu.
4. SKRUB GULA
Membuang minyak muka yang berlebihan dan mengurangkan pori
terbuka.
Caranya: Gaul dua sudu gula, satu sudu minyak zaitun dan
sedikit jus lemon bersama, kemudian sapu pada muka. Biarkan selama 30 minit
baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin. Boleh juga menambah aroma lain seperti
kayu manis atau vanila. Lagi wangi!
5. SERBUK PENAIK
Membuang lebihan minyak, kotoran dan debu di permukaan kulit
muka. Ia juga merawat masalah jerawat serta dapat mengurangkan gatal.
Caranya: Buat pes daripada dua sudu soda bikarbonat dan air.
Sapu pada wajah dan urut perlahan-lahan untuk penyerapan.
6. JUS LEMON
Mengurangkan bukaan pori dan blackhead serta mencerahkan
wajah.
Caranya: Campurkan satu sudu madu ke dalam jus lemon. Sapu
pada muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas. Lakukan setiap
hari selama sebulan dan hasilnya pasti menakjubkan!
7. TIMUN
Mengecutkan liang yang terbuka dan mengembalikan seri wajah.
Caranya: Ekstrak jus daripada sebiji timun. Rendam kapas
dalam jus dan sapu pada muka. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Lakukan setiap
sehari juga selama sebulan.
8. YOGURT
Membuang minyak yang berlebihan, membuang sel-sel kulit
mati, mengurangkan garis halus dan kedut di muka.
Caranya: Sapu yogurt pada muka. Biarkan selama 10 minit baru
dibilas. Lakukan sekerap mungkin.
9. OAT
Sesuai digunakan oleh mereka yang punya kulit sensitif.
Caranya: Campurkan lima sudu madu dan dua sudu susu tepung
dalam dua sudu oatmeal. Gaul sampai sebati dan sapu pada muka. Kemudian urut
perlahan-lahan. Sesudah itu biarkan ia kering barulah dibilas.
Comments
Post a Comment