CARA MEMBERSIHKAN WAJAH DENGAN BETUL
Hari ini saya akan menceritakan tentang cara untuk
membersihkan muka dengan cara yang betul.
Berikut merupakan 5 langkah mudah untuk membasuh muka anda:
Langkah #1: Basuh
muka dengan air suam dan pencuci muka. Air suam membantu mengeluarkan kotoran dari
muka, akan tetapi air panas boleh membuat muka anda menjadi lebih kering.
Selepas membasuh muka anda dengan menggunakan pencuci muka, lapkan muka
menggunakan tuala dengan lembut – jangan sapu dengan kasar. Ia akan meregangkan
kulit anda yang akan membawa kepada kedutan kulit.
Langkah #2: Ambil
bebola kapas dan celupkan dalam toner dan sapu pada seluruh wajah, fokuskan
pada kawasan yang bermasalah. Sebagai contoh, jika anda mempunyai kawasan-t
yang berminyak, toner sangat boleh membantu. Anda tidak banyak!!! Hanya
perlukan satu bebola kapas sudah mencukupi.
Langkah #3: Serum
adalah seperti jus yang berkhasiat untuk kulit anda. Gunakan satu atau dua pam
untuk seluruh wajah anda. Ini juga merupakan cara yang bagus untuk menghilangkan
masalah di muka anda, kerana mereka membuat serum untuk kebanyakan masalah
muka: anti-penuaan, pelembap, kemerahan dan lain2.
Langkah #4: Anda
boleh juga campurkan serum dengan pelembap. Untuk malam, pilih pelembap yang
biasa, manakal untuk siang, gunakan yang mempunyai SPF jika anda tidak mahu
memakai pelindung sinar suria.
Langkah #5: Langkah
yang terakhir- jangan tinggalkan krim mata anda!!! Bahagian bawah mata
merupakan bahagian yang paling nipis pada muka anda, maka kelembapan sangat
diperlukan. Urutkan atau sapukan secalit krim mata dibawah mata anda. Jika anda
ingin memakai make up, biarkan krim mata beberapa minit supaya ia boleh
diserap.
Comments
Post a Comment