KEBAIKAN TIMUN
Timun merupakan sejenis labu-labuan yang dapat menghasilkan
buah yang dapat dimakan.. Biasanya timun digunakan sebagai penyegar atau
makanan sampingan dalam sebuah hidangan. Timun sendiri memiliki kandungan air
yang tinggi sehingga sering digunakan sebagai penyegar. Air timun baik diminum
selalu untuk mencegah dehidrasi tubuh. Timun bukan sahaja terbukti dengan
rasanya yang sedap malah buah timun sangat memberi manfaat bagi kecantikan
kulit wajah
Manfaat timun kepada wajah
1.
Dapat meremajakan kulit.
2.
Mengurangkan bintik hitam pada wajah.
3.
Menenangkan kulit dan mempercepatkan proses
penyembuhan kulit yang terbakar akibat sinaran UV.
4.
Mengurangkan bengkak di bawah mata.
5.
Mengurangkan lingkaran hitam pada mata.
6.
Mengecilkan pori yang terbuka.
7.
Melembapkan kulit wajah menyebabkan penecegahan
pertumbuhan jerwata pada wajah.
8.
Mengatasi wajah berminyak.
9.
Merawat wajah sensitif.
Cara membuat mask:
1.
Masker timun dan lemon.
Lemon merupakan buah yang cukup terkenal
dengan rasanya yang masam. Walaupun rasanya masam, buah lemon boleh digunakan
sebagai antibacterial, antioksdian dan anti-inflamasi yang dapat merawat kulit
wajah.
Terdapat banyak manfaat lemon untuk
kecantikan antaranya mencegah jerawat, mengatasi bintik-bintik hitam dan
mengandungi vitamin C yang mampu mencerahkan kulit wajah secara alami.
-cara membuat masker timun dan lemon:
Sediakan buah timun segar dan seulas lemon.
Haluskan buah timun secukupnya tanpa
mengupas kulitnya. Parutan timun dicampurkan dengan air lemon sehingga sebati.
-
Sebelum menggunakan masker, bersihkan wajah
dahulu menggunakan pencuci muka.
-
Sapukan masker pada wajah sehingga rata dan
biarkan selama 1 jam
-
Basuh muka menggunakan air suam sehingga bersih.
#putih telur dan yoghurt juga boleh digunakan bagi
menggantikan lemon
Comments
Post a Comment