ARGAN OIL
Walaupun dengan buah minyak argan yang kecil, terdapat
kacang kecil yang memberikan minyak argan yang sangat bermanfaat kepada
kesihatan manusia. Penggunaan minyak argan tidak hanya di Morocco sahaja. Orang
ramai di seluruh dunia mengambil kesempatan daripada manfaat minyak Argan
untuk merawat jangkitan kulit, gigitan pepijat dan ruam kulit. Dan sekarang
ianya digunakan oleh lelaki dan wanita di seluruh dunia untuk mendapatkan
keberkesanannya, pelembab tersebut digunakan pada kulit dan rambut.
Satu sebab utama mengapa minyak argan dikenali sebagai ubat
penyembuhan, kerana ianya kaya dengan kandungan Vitamin A dan Vitamin E.
Walau bagaimanapun, minyak argan juga kaya dengan
anti-oksidan, Omega-6 dan asid linoleic. Kajian menunjukkan bahawa apabila
digunakan pada kulit, ia memudahkan proses keradangan dengan melembapkan kulit.
Apabila digunakan pada luaran, kandungan trocopherol dari
Vitamin E, membantu meningkatkan penghasilan sel-sel baru dan akan menyihatkan
kulit dan rambut anda.
Cara yang terbaik, untuk medapatkan semua manfaat minyak
argan ini, anda tidak perlu membeli produk penjagaan kulit dan rambut yang
mahal. Anda hanya perlu membeli minyak argan untuk penjagaan rutin kecantikan
anda. Harga minyak argan memang begitu mahal tetapi dengan kandungan yang ada
padanya memang sungguh berbaloi dan cara peggunaannya ia hanya memerlukan
setitis atau dua titis minyak argan untuk mendapatkan kesannya yang akan
menyuburkan rambut dan kulit anda sepanjang hari.
Antara Khasiatnya :
1.
Menyembuhkan
Penyakit Kulit
Di dalam minyak argan terdapat kandungan semula jadi triterpenoids
yang memberikan kesihatan yang luar biasa kepada kulit dan dapat menghalang
pertumbuhan ketuat, merawat beberapa jenis dermatis. Selain itu, anti-oksidan
dan asid lemak yang ditemui dalam minyak argan juga boleh membantu mengecutkan
jerawat ringan dan memudarkan parut jerawat.
2.
Melambatkan
proses Penuaan
Minyak argan terdiri daripada 80% kandungan asid lemak yang
mana digunakan untuk memadamkan tanda-tanda penuaan. Penggunaan minyak argan yang
kerap telah terbukti untuk mengurangkan kedutan, serta memudarkan tompok
penuaan dengan mengembalikan keanjalan kulit dan meningkatkan kadar penjanaan semula
sel-sel kulit yang baru.
3.
Melindungi
kulit daripada sinaran UV
Minyak argan membantu melindungi kulit, rambut dan kuku
daripada kesan yang disebabkan oleh sinaran UV. Gunakan minyak argan pada kulit
yang rosak akibat sinaran UV mampu memudarkan kesan terbakar dan menyembuhkan
kulit kering akibat daripada pendedahan UV yang berlebihan dengan menggalakkan
pertumbuhan semula sel-sel kulit yang baru.
4.
Mengurangkan Tahap
Kolestol dalam Badan
Dengan makan minyak argan sebagai diet tahap kolesterol
boleh diturunkan. Ini kerana gabungan unik sterol tumbuhan yang ditemui dalam
minyak argan, Schottenol dan Spinasterol sebenarnya akan menghalang penyerapan
kolestrol yang tidak baik dari dalam saluran usus.
5.
Anti-Radang
Flavonoids yang ada dalam minyak argan mempunyai ciri-ciri
Anti-Radang yang boleh digunakan untuk merawat masalah luaran dan dalaman.
Untuk kelegaan sakit otot dan sendi, gunakan beberapa titis minyak argan pada
kulit anda dan urutkannya. Kepada mereka yang mempunyai masalah Polycystic
Ovarian Syndrome, berat badan berlebihan, masalah pencernaan dan masalah pundi
kencing juga boleh mendapat manfaat yang besar daripada kebolehan anti-radang
dalam minyak argan.
6.
Membantu Proses
Penghadaman
Menambahkan minyak argan ke dalam makanan akan meningkatkaan
kepekatan pepsin dalam jus gastrik badan, sekali gus meningkatkan proses
pencernaan makanan. Proses pencernaan yang baik bermaksud lebih tenaga, kurang
rasa lapar dan penurunan berat badan.
7.
Melawan
Penyakit Kronik
Terdapat banyak kajian mengenai keupayaan minyak argan untuk
melawan kanser dan penyakit lain. Anti-oksidan dalam minyak argan dapat
membantu melindungi kulit daripada radikal bebas yang boleh membawa kepada
kanser kulit. Selain itu, terdapat kajian mengenai \kuasa penyembuhan minyak
argan terhadap usus dan kanser pundi kencing, kanser prostat serta ketumbuhan
kanser di seluruh badan yang boleh menyebabkan jangkitan atau keradangan.
8.
Mencegah Kesan
Parut
Keajaiban minyak argan boleh digunakan untuk mengelakkan parut
selepas bersalin, rekahan kulit pada pinggul
9.
Memperkuat Kuku
Apabila digunakan pada jari tangan dan kaki, minyak argan
membantu menggalakkan struktur kuku lebih kuat, kuku lebih sihat secara semula
jadi dengan adanya kandungan Vitamin E yang tinggi. Sifat-sifat anti-bakteria
dan anti-radang yang ada pada minyak argan boleh membantu melawan infeksi pada
kulit dan kuku.
10.
Membaikpulih Kulit
Kepada mereka yang tidak mempunyai parut, kedutan atau
penyakit kulit lain, minyak argan masih boleh menjadikan kulit anda lebih
lembut dan gebu, Sapoins dalam minyak argan akan mengaktifkan penjanaan semula
keupayaan sel-sel kulit, menjaga badan dengan lebih sihat.
Comments
Post a Comment