CARA MEMBERSIHKAN WAJAH DENGAN BETUL

Hari ini saya akan menceritakan tentang cara untuk membersihkan muka dengan cara yang betul. Berikut merupakan 5 langkah mudah untuk membasuh muka anda: Langkah #1: Basuh muka dengan air suam dan pencuci muka. Air suam membantu mengeluarkan kotoran dari muka, akan tetapi air panas boleh membuat muka anda menjadi lebih kering. Selepas membasuh muka anda dengan menggunakan pencuci muka, lapkan muka menggunakan tuala dengan lembut – jangan sapu dengan kasar. Ia akan meregangkan kulit anda yang akan membawa kepada kedutan kulit. Langkah #2: Ambil bebola kapas dan celupkan dalam toner dan sapu pada seluruh wajah, fokuskan pada kawasan yang bermasalah. Sebagai contoh, jika anda mempunyai kawasan-t yang berminyak, toner sangat boleh membantu. Anda tidak banyak!!! Hanya perlukan satu bebola kapas sudah mencukupi. Langkah #3: Serum adalah seperti jus yang berkhasiat untuk kulit anda. Gunakan satu atau dua pam untuk seluruh wajah anda. Ini juga merupakan cara yang bag...