GUNALAH BAWANG MERAH UNTUK MENJADIKAN RAMBUT LEBIH SIHAT.

 CARANYA:

1.     Ambil 4-5 bawang merah dan potong berbentuk dadu.
2.     Tuangkan 1 liter air ke dalam periuk.
3.     Letakkan bawang merah yang telah dipotong ke dalam periuk dan didihkannya selama 10 minit.
4.     Selepas mendidih, sejukkan air rebusan tersebut.
5.     Selepas sejuk, tapis air rebusan bawang merah.
6.     Gunakan air rebusan bawang merah untuk membasuh rambut.
7.     Biarkan selama kira-kira 30 minit.
8.     Bilas menggunakan air sehingga bersih.
9.     Lakukannya dua kali seminggu.




MANFAATNYA:

Bawang merah mengandungi minyak atisiri, sikloaliin, dihidroaliin, kuersetin, peptide, vitamin, zat pati dan lain-lain yang membantu kita mengekalkan kesihatan kulit kepala dan rambut yang sihat.

Bawang merah mampu menyelesaikan masalah rambut botak oleh kerana kekeyaannya dengan unsur sulfur yang akan meningkatkan sirkulasi darah pada kulit kepala sehingga dapat memperkuatkan rambut.


Bawang merah bukan sahaja mampu menyuburkan, menumbuhkan dan memanjangkan rambut, malah bawang merah merupakan ubat infeksi kulit kepala. Infeksi pada kulit kepala disebabkan oleh beberapa faktor. Bekas luka yang dibiarkan, kutu, atau menggaru kepala terlalu kuat adalah beberapa faktor yang membuat infeksi pada kulit kepala. Apabila anda termasuk yang memiliki masalah infeksi pada kulit kepala anda, mungkin tips menggunakan bawang merah berikut ini dapat membantu mengatasi masalah anda.

Comments

Popular posts from this blog

6 Cara Membuat Lipstik Matte Sendiri Dengan Bahan Semula Jadi

Cara membuat bedak foundation TERSENDIRI dari bahan mineral semulajadi. MEMANG SERONOK!

PERBEZAAN ANTARA FOUNDATION, BB CREAM, CC CREAM